Aug 26, 2013

Bas Mengundur Dirempuh Treler


Sebuah bas pelancongan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Lebuhraya Jinhua-Lishui-Wenzhou yang menghala ke arah Jinhua, China pada 2 Ogos 2013.



Bas berkenaan difahamkan terlepas susur keluar dan pemandunya mengundur semula untuk masuk ke laluan yang betul. Akibatnya, bas berkenaan dirempuh dengan kuat oleh sebuah treler dari arah belakang.


Rempuhan itu menyebabkan pemandu bas dan 10 orang penumpang tercampak keluar dari bas lalu bergelimpangan di tengah jalan. Pemandu treler pula maut di tempat kejadian. Sebahagian lagi penumpang cedera dan semua mangsa yang terlibat dihantar ke hospital terdekat.

©Eriyza : Mengapa pemandu bas ini mengundur di lebuhraya walhal perbuatan sedemikian melanggar undang-undang dan mendatangkan bahaya kepada para penumpang.

Via : ChinaSmack



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.