Aug 24, 2013

Beri Salam Sebelum Samun


MARAN - Seorang suri rumah tidak menyangka ucapan salam dari seorang lelaki tidak dikenali berniat menyamun rumahnya di Kampung kabut dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Mangsa, Timah Mat Deris, 59, baru pulang dari kedai runcit berhampiran sebelum terserempak dengan lelaki berkenaan ketika hendak ke belakang rumah untuk mengambil pam minyak.

Menurut anak sulung mangsa, Hairisa Shamsuddin, 41, seorang lelaki memberi salam kepada ibunya sebelum mengacu parang ke leher mangsa secara tiba-tiba.

“Ibu yang tergamam dengan tindakan itu kemudian cuba melawan.

"Namun datang tiga lagi rakan penjenayah mengacu tiga parang ke perut ibu," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Hairisa berkata, bahagian atas kiri badan ibunya ditendang seorang daripada empat lelaki ketika mangsa meronta dan menjerit meminta tolong.

“Disebabkan tendangan itu, ibu sakit dan tidak dapat bergerak sebelum mereka angkat dan kurung ibu dalam tandas di belakang rumah," katanya.

Menurutnya, selepas yakin empat lelaki itu sudah beredar, ibunya memecah pintu tandas sebelum ke rumah jiran meminta pertolongan.

“Semasa kejadian, tiada sesiapa di rumah dan ibu pula.

“Ibu kehilangan tiga rantai dan lapan gelang emas selain wang tunai RM2,800 serta dokumen peribadi apabila beg tangan dibawa turut dilarikan,” katanya.

Difahamkan, itu kali ketiga rumah mereka disamun selepas kejadian awal Januari lalu yang menyebabkan mereka kehilangan telefon bimbit, komputer riba dan wang tunai.

©Eriyza : Sudahlah disamun, ditendang pula.

Via : Sinar Harian



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.