Aug 19, 2013

Budak Cedera Di Rumah Terbuka


“Sebaik terdengar bunyi letupan kuat, saya bergegas ke tingkat bawah. Pada masa sama, kakak sepupu saya masuk dalam rumah dalam keadaan berlumuran darah sebelum disusuli adik saya memegang lengan yang berlubang dengan kesan darah yang banyak.

“Kemudian sepupu perempuan saya pula terpaksa dipapah masuk kerana kecederaan parah di seluruh muka. Keadaan di lantai ruang tamu pada ketika itu macam banjir darah,” kata Muhammad Firdaus Mohd Yaacob, 15, menceritakan kejadian letupan mercun menyebabkan dua cedera manakala seorang lagi dilaporkan kritikal dalam insiden kira-kira jam 11.30 malam ketika majlis rumah terbuka di sebuah rumah di Tasik Prima Puchong, kelmarin.

Mangsa kritikal dan masih dirawat di Hospital Putrajaya ialah Aleya Alysha Abd Rahim, berusia lapan tahun yang berisiko buta mata manakala Nasha Nurkistina Zalman, 13, dan Mohd Fadzli Mohd Yaacob berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dilaporkan stabil.

Muhammad Firdaus berkata, semua mereka yang ada hubungan saudara berkunjung ke rumah bapa Nasha kerana ada membuat rumah terbuka.

“Saya dimaklumkan, semua mereka yang cedera ketika itu sedang mencari mercun yang disimpan dalam sebuah almari besi yang diletakkan di dalam garaj di luar rumah.

©Eriyza : Semoga semua mangsa cepat sembuh.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.