Sep 26, 2013

Belasungkawa Tan Sri Azizan


ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, akibat komplikasi jantung kira-kira jam 11.05 pagi tadi.


Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau menghembuskan nafas terakhir selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dipercayai akibat jangkitan kuman.

Sebelum ini, Azizan, 69, hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sejak seminggu lalu dikatakan pengsan selepas serangan jantung pertama kira-kira jam 3 pagi semalam. Pada 6 Mei lalu, Azizan dimasukkan ke Pusat Rawatan Kedah (KMC), di sini, berikutan kakinya mengalami jangkitan.

Bagaimanapun, pada 7 Mei lalu, Azizan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat komplikasi diabetes menyebabkan kedua-dua kakinya dipotong.

Selepas lebih tiga bulan dirawat di HPP, Azizan kemudian dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos bagi meneruskan rawatan akibat komplikasi diabetes.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir turut hadir di HSB kira-kira jam 11.50 pagi bagi melawat jenazah Azizan.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, di sini, kira-kira jam 5.30 petang ini.

©Eriyza : Takziah kepada keluarga arwah. Al-Fatihah!

Via : Harian Metro | Instagram



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.