Sep 1, 2013

Beri Ciuman Untuk Lulus Peperiksaan


Perbuatan tidak bermoral seorang guru lelaki terbongkar pada 20 Ogos 2013 apbila seseorang memuatnaik ke internet gambar-gambar guru berkenaan yang memaksa para pelajarnya menciumnya jika mahu lulus peperiksaan.


Guru berkenaan dikenali sebagai Zhang Runhua bertugas di Sekolah Tinggi Tuqiao di daerah Linxia di wilayah Gansu, China. Dia dikatakan memberi syarat bahawa semua pelajar perempuan perlu menciumnya untuk mengambil keputusan peperiksaan mereka.


Zhang dilihat tersenyum lebar ketika aksi pipinya dicium pelajar perempuan dirakam dek lensa kamera. Rakan sejawatnya mengesahkan bahawa guru tersebut mengajar pelajar tahun ketiga.


Pengetua sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Wang turut mengakui bahawa guru itu adalah Zhang Runhua berdasarkan penampilan fizikalnya. Dia turut menjelaskan bahawa Zhang menunjukkan prestasi yang bagus sepanjang mengajar.

©Eriyza : Tidak pasti samada guru ini mengajar di sekolah perempuan memandangkan tiada gambar pelajar lelaki yang mencium pipinya.

Via : Sinopathic


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.