Sep 29, 2013

Tikam Jururawat Kerana Janggut


Seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan plastik yang dibuatnya telah menyerang tiga orang jururawat dengan pisau di sebuah hospital di Changsha, Wilayah Hunan pada hari Isnin lalu.

Suspek berusia 20-an telah menjalani pembedahan pemindahan janggut di Affiliated Hospital of Hunan Academy of Chinese Medicine empat bulan yang lalu, tetapi dia yakin bahawa prosedur itu gagal.

Lalu, dia bertemu dengan pakar bedah plastik beberapa kali untuk mengadu tentang titik merah kecil yang telah muncul di atas bibirnya. Doktor mendiagnosis dia mengalami folliculitis dan diberitahu bahawa keradangan itu akan hilang dengan sendiri. Doktor juga menjelaskan bahawa implan janggut akan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk menampakkan hasil. Berang dengan insiden itu, suspek telah menikam tiga orang jururawat dengan pisau sebelum melarikan diri tempat kejadian.

Menurut polis , dua orang jururawat luka teruk di muka dalam serangan kejam itu. Salah seorang daripada mereka berada dalam keadaan yang serius, namun kecederaan itu tidak mengancam nyawa. Seorang lagi jururawat yang cedera sedang mengandung. Doktor berkata terdapat kemungkinan bahawa dia akan kehilangan anaknya.

©Eriyza : Sungguh kejam suspek ini.

Via : GBTimes


0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.