Oct 21, 2013

Juruukur Hina Sultan Johor Didenda


Seorang juruukur kuantiti berusia 27 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan menghina Sultan Johor dilaman sosial, Facebook.

Ahmad Abd Jalil dari Klang, Selangor, didakwa telah menggunakan nama samaran "Zul Yahya" dan menulis kata-kata yang telah memalukan pemerintah Johor itu.

Ahmad didakwa melakukan kesalahan itu sebanyak dua kali iaitu pada pukul 6 petang pada 10 Oktober dan 3 petang pada 21 Okt.

Kedua-dua pertuduhan disabitkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun, atau kedua-duanya.

Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin mencadangkan RM10,000 jaminan bagi setiap pertuduhan.

Peguam Mohd Radzlan Jalaludin dan Mohd Haijan Omar mencadangkan ikat jamin yang lebih rendah kerana tertuduh telah berkahwin dua bulan lalu dan kini mengikuti ijazah sarjana di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Hakim Zamri Bakar menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 28 November ini untuk sebutan.

©Eriyza : Seronokkah menghina orang lain??

Via : New Straits Times



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.