Nov 11, 2013

Bayi Kembar Siam Meninggal Dunia


KEMAMAN – Selepas lebih dua tahun berkongsi jantung dan hati, kembar Siam pertama Terengganu yang mendapat liputan meluas media sebelum ini, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kemaman hari ini.

Nur Shazwanie Zulkifli dan Nur Shazrinie yang bercantum pada bahagian dada, berusia dua tahun dua bulan meninggal dunia di pangkuan ibu mereka pada pukul 10.10 pagi selepas mengalami komplikasi jantung.

Noraini Mohamad, 33, berkata kedua-dua anaknya itu dimasukkan ke wad empat hari lepas selepas diserang demam serta batuk dan sejak dimasukkan ke dalam wad mereka kelihatan lesu.

“Pagi ini mereka dilihat kembali cergas, sihat dan aktif dan sempat meminta susu, tapi kira-kira pukul 9 pagi degupan jantung mereka makin perlahan dengan muka dan tangan bertukar kebiru-biruan.

“Melihat keadaan kembar itu semakin kritikal saya dan suami berserah kepada Allah sebelum kedua-dua dengupan jantung anak tidak lagi berdengup selain mata mereka terpejam rapat seperti tidur,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Noraini berkata walaupun sedih dengan pemergian pasangan kembar itu, beliau berpuas hati dapat menjaga mereka selama dua tahun lebih.

“Saya dan suami, Zulkifli Ngah, 43, merancang untuk membawa kedua-dua anak kami itu ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dalam masa terdekat untuk rawatan lanjut namun hasrat itu tidak kesampaian,” katanya yang mempunyai dua lagi anak perempuan berusia lapan dan sembilan tahun.

Jenazah kedua kembar itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kuang pada pukul 3 petang ini.

©Eriyza : Takziah kepada keluarganya.

Via : MyNewsHub



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.