Nov 10, 2013

Belasungkawa Ustaz Haji Awang Dagang


Pas Terengganu kehilangan sebutir permata dengan kembalinya Ustaz Haji Awang Dagang Bin Jusoh ke rahmatullah. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 malam pada hari Jumaat, 8 November 2013 bersamaan 4 Muharam 1435 Hijriah.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1935, di Kampung Gelugur, Kerteh, Kemaman. Sepanjang karier politiknya, beliau pernah mencatat kenangan manis dengan mengalahkan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar dalam Pilihanraya Umum 1999 (PRU 11) apabila mengutip 6,564 undi.

Kemenangannya sekaligus meranapkan pemerintahan selama 25 tahun Menteri Besar yang mewakili Barisan Nasional itu di Terengganu apabila Wan Mokhtar hanya meraih 6,128 undi. Walaupun majoriti yang dipungut hanyalah 436 tetapi ianya membuka lembaran baru pemerintahan Pas di Terengganu.

Segala bakti yang ditaburkan oleh Al-Fadhil Ustaz Awang Dagang Jusoh tidak akan dilupakan oleh seluruh warga Kemaman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Penulis dan keluarga merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya dan Al-Fatihah!

©Eriyza : Ayahanda berguru dengan Allahyarham Ustaz Haji Awang Dagang ketika mahu menunaikan haji.

Photo : Facebook Daaniya Hafisya



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.