Nov 29, 2013

Cacing Hidup Dalam Salad Pizza Hut


Selera seorang lelaki terbantut apabila salad yang dimakannya mengandungi seekor cacing yang masih hidup. Kejadian itu berlaku pada jam 9.30 malam (23/11/2013) di restoran makanan segera Pizza Hut di Nilai.


Menurut isteri mangsa, Puan Noor Juliana Tusin, setelah menyedari salad berkenaan bermasalah, mereka telah memanggil seorang pelayan restoran untuk memaklumkan kejadian itu.


Seketika kemudian, datang seorang wanita yang berkemungkinan besar adalah ketua di situ memohon maaf di atas kecuaian pihak mereka yang gagal membasuh dengan bersih sayuran yang datang terus dari ladang dalam kuantiti yang banyak.


Mangsa tetap membayar semua makanan lain yang mereka makan kecuali salad cacing tersebut. Malah, mereka sempat menulis aduan berkenaan dalam buku aduan Pizza Hut sebelum beredar.


©Eriyza : Sayur-sayuran perlu dibasuh dengan teliti untuk mengelakkan kes yang sama berulang.

Via : Suara Insan



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.