Nov 14, 2013

Hilang Kaki Kanan Dalam Kemalangan


Batu Pahat: “Saya panik apabila kaki kanan (bawah lutut) putus dan hanya mampu menjerit meminta orang ramai tolong cari kaki sambil bertawakal ditemui semula,” kata Muhammad Taufiq Ruzman, 23, penunggang motosikal terputus kaki kanan dalam kemalangan di Simpang Sungai Suloh, Jalan Tanjung Labuh di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Taufiq menunggang Yamaha 125Z dalam perjalanan ke bandar ini, namun sebaik tiba di lokasi, dia mendakwa dirempuh sebuah Nissan Latio menyebabkan kaki kanannya terputus dan melambung sejauh kira-kira 200 meter manakala dia tercampak di atas jalan raya.

Menurutnya, sejurus kejadian dia sempat melompat ke tepi jalan walaupun menyedari kaki kanannya terputus bagi mengelak dilanggar kenderaan lain selepas dirempuh sebuah kereta.

“Saya terus hubungi bapa yang berada di Johor Bahru dan cuba mencari kaki, namun gagal".

“Saya bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan dan lebih gembira apabila kaki yang terputus ditemui semula selepas kira-kira 26 jam hilang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di Hospital Putra di sini, semalam.

©Eriyza : Semoga Taufiq cepat sembuh.

Via : Harian Metro



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.