Mar 5, 2014

Google Blok Blog


Sudah 2 bulan penulis tidak memblog. Pada 1 Januari 2014, internet di kawasan kediaman penulis rosak bahana banjir besar yang berlaku sebelum itu. Hampir 15 hari lamanya bekalan internet tiada dan apabila ianya pulih semula pada sambutan maulidur rasul, penulis tiada 'mood' untuk memblog.

Ketika Februari 2014 sampai ke penghujung, blog kesayangan penulis pula diblok oleh pihak Google. Tiada sesiapa dapat mengaksesnya kecuali pemilik blog. Google mendakwa blog penulis membawa virus malware. Namun, setelah penulis membuat semakan, tiada malware dikesan seperti dakwaan mereka.


Justeru, penulis melayangkan 'surat cinta' kepada Encik Google untuk memberitahu masalah berbangkit termasuklah Google Webmaster Tools yang tidak boleh digunakan.


Pada hari yang sama, Google memberikan maklum balas dan Google Webmaster Tools mula boleh diakses.



Ketika itu barulah terbongkar bahawa 'penjenayah' blog penulis ialah javascript Abu Farhan yang telah penulis pasang bertahun-tahun lamanya.

Maka, penulis memulakan proses penyingkiran skrip tersebut yang dimasukkan dalam Archives dari menu Pages. Setelah blog dikemaskini, penulis menghantar Request A Review kepada pihak Google.


Alhamdulillah, keesokan harinya yang bertarikh 5 Mac 2014, blog penulis kembali bersiaran semula di dunia maya. Jika ditanya perasaan penulis ketika blog ini diblok, sudah tentulah berasa sedih yang amat sangat ekoran blog ini menyimpan jutaan memori suka duka penulis. Apatah lagi, tahun ini, ia bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-10. Ohhh, sudah sedekad lamanya penulis menyemai 'cinta' bersama blog ini.

Buat bloggers di luar sana, jika anda turut menghadapi masalah blog seperti penulis, anda boleh menjadikan entri ini sebagai rujukan. Sedikit sebanyak, ia boleh memberikan panduan kepada anda.

Ketika entri ini disiarkan, masih terdapat dua buah blog milik penulis berada dalam kategori Locked Blogs.

©Eriyza : Terima kasih kepada rakan blogger, WhiteyMommy yang sudi membuat semakan.

Via : Nitecruzr



0 Comment

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.
2. HTML tag seperti <b>, <i>, <a> boleh digunakan.
3. Sila berhemah di dalam berbahasa.